Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin letak jawatan Perdana Menteri M'sia

Akan pangku tugas sebagai perdana menteri sementara sehingga pemimpin baru dilantik
Aug 17, 2021 | 05:30 AM



TAN Sri Muhyiddin Yassin telah meletak jawatan sebagai perdana menteri bersama-sama seluruh anggota Kabinetnya berkuatkuasa serta-merta semalam setelah gagal menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional "walaupun telah melakukan pelbagai ikhtiar hingga ke saat akhir".



Kehilangan mandat - selepas 15 wakil rakyat Umno menarik sokongan ke atasnya - menjadi titik tolak kejatuhan beliau dan mencatatkan tempoh paling singkat sebagai perdana menteri ke-8 Malaysia.



Kenyataan rasmi Istana Negara menyatakan peletakan jawatan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



Dalam kenyataannya, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong berkenan Tan Sri Muhyiddin menjalankan tugas 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.



"Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan Jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional (PN) bermula 1 Mac 2020, khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.



"Selaku Ketua Utama Negara, Seri Paduka memahami dan menghormati sistem dan proses perundangan negara dan juga menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh Muhyiddin berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang," katanya dalam satu kenyataannya itu.



Sesi menghadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu di Istana Negara berlangsung selama 30 minit pada 12.30 tengah hari.



Terdahulu, Agong turut menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh pada 11 pagi bagi sembah taklimat pentadbiran kerajaan, keadaan semasa pandemik, dan soal pilihan raya umum.



Al-Sultan Abdullah berasa pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) buat masa ini "bukan pilihan yang terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat".



Ini kerana pandemik koronavirus masih buruk dengan 19,740 kes direkodkan semalam, dan sehingga 10 Ogos lalu, 484 daripada sejumlah 613 kawasan atau 79 peratus kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah zon merah Covid-19.



"Seri Paduka turut mengambil maklum bahawa fasiliti-fasiliti kesihatan negara juga berada pada situasi yang membimbangkan," menurut kenyataan Istana Negara itu.



Dalam perutusan khasnya pula, Tan Sri Muhyiddin tidak menafikan kedudukannya sebagai perdana menteri "terus digugat dari segi politik".



"Saya telah melakukan pelbagai ikhtiar hingga ke saat akhir untuk menyelamatkan Kerajaan Perikatan Nasional setidaknya sehingga selesai tugas menguruskan pandemik, program vaksinasi dan pemulihan ekonomi. Tetapi ikhtiar ini tidak berhasil disebabkan ada pihak yang rakus untuk merebut kuasa daripada mengutamakan nyawa dan kehidupan rakyat," katanya dan mengulangi pendirian untuk tidak sesekali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat, mengganggu kebebasan badan kehakiman dan membelakangi Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk kekal berkuasa.



"Saya memimpin negara dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi pandemik Covid-19 dan penjawat awam.



Ketidaktentuan politik Malaysia telah menjejas keyakinan pelabur dengan Ringgit Malaysia susut ke paras terendah dalam tempoh setahun ini bila dibuka pagi semalam - mencecah paras 4.241 atau 0.07 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat berikutan spekulasi Tan Sri Muhyiddin akan meletak jawatan.



Dalam pada itu, 13 Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri menggesa kesemua ahli parlimen mematuhi arahan dan keputusan parti berikutan ada puak menyokong Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob, sebagai calon perdana menteri, sedangkan pucuk pimpinan parti dikatakan mahu menamakan Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan tersebut.



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambut baik peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin yang dianggap "akan membuka ruang ke arah perubahan buat negara.



"Saya menggesa semua pihak untuk bertenang dan berdoa supaya Malaysia kembali bangkit kuat dalam menghadapi tentangan kesihatan dan ekonomi saat ini. Saya ucap terima kasih atas khidmat beliau pada negara."



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >