KUALA LUMPUR: Malaysia kehilangan RM1 bilion sehari sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh atau 'total lockdown' berkuat kuasa ketika ini, menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Oleh yang demikian, keputusan melaksanakan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara bukan sesuatu pertimbangan yang mudah, kata beliau.
Selari keputusan itu, Tan Sri Muhyiddin berkata kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai RM40 bilion.
"Dengan suntikan daripada kerajaan ini, ia dapat meringankan beban yang ditanggung oleh individu dan perniagaan yang terkesan.
"Namun, kita tidak boleh berterusan begini. Demi kesihatan dan kelangsungan hidup kita semua, kita perlu segera keluar daripada krisis ini," ketika menyampaikan perutusan Pelan Pemulihan Negara, hari ini. - BH Online