TENGKARAH 1MDB

Muhyiddin: Pemimpin perlu terbuka terima teguran

PAGOH: Pemimpin diingatkan agar tidak hanya mendengar suara pak turut, sebaliknya perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil kira pandangan orang-orang di sekeliling mereka, walaupun terdapat pendapat yang bercanggah, kata mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tanpa menyebut nama sesiapa, Timbalan Presiden Umno itu ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pagoh, di Johor semalam berkata pemimpin yang hanya mendengar pujian dan menolak teguran adalah disebabkan mereka 'dilindungi hijab' manusia yang tidak ikhlas.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun