Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin: Perikatan Nasional tidak tanding semua 222 kerusi Parlimen

Oct 24, 2022 | 05:30 AM



MASJID TANAH (Melaka): Perikatan Nasional (PN) tidak bertanding di semua 222 kerusi Parlimen, sebaliknya hanya membabitkan sejumlah kerusi yang disifatkan cukup untuk membolehkannya membentuk Kerajaan Persekutuan.



Menjelaskannya, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata laporan media kelmarin, PN akan bertanding di semua 222 kerusi, tidak tepat kerana hanya kerusi yang disifatkan cukup untuk membentuk kerajaan, akan ditandingi.



Sementara itu, Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengumumkan parti itu akan bertanding lebih 60 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata jumlah sebenar kerusi itu belum dimuktamadkan kerana perbincangan masih diteruskan dengan parti komponen dalam PN.



Tan Sri Muhyiddin berkata laporan media yang menyatakan PN akan bertanding di 222 kerusi, adalah tidak tepat.



"Kita akan bertanding majoriti yang sejumlah kerusi yang kalau kita menang, kita boleh bentuk kerajaan," katanya.



Beliau ditemui selepas melancarkan jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRN15) PN pada program Jelajah Prihatin Parlimen Masjid Tanah di Kampung Paya Lebar, malam kelmarin.



Pada program itu, beliau turut mengumumkan calon pertama PN, iaitu Mas Ermieyati yang diberikan tanggungjawab mempertahankan kerusi berkenaan manakala calon lain akan diumumkan Pengerusi PN negeri masing-masing, beberapa hari sebelum penamaan calon.



Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan jumlah sebenar kerusi yang bakal ditandingi PN.



Mengenai manifesto PN, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau sudah menerima draf manifesto yang mengetengahkan beberapa aspek utama berkaitan pemulihan ekonomi negara dan mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.



"Yang paling utama, apabila kita bentuk kerajaan, kita betulkan masalah ekonomi kerana ramai rakyat yang susah, soal pulihkan perniagaan, wujudkan peluang pekerjaan dan seumpamanya.



"Kita lihat bagaimana hendak bantu rakyat yang sebahagiannya jatuh miskin tak kira apa kaum," katanya.



Sementara itu, Tan Sri Abdul Hadi berkata jumlah sebenar kerusi yang akan dipertandingkan oleh PAS belum dimuktamadkan kerana perbincangan masih diteruskan dengan parti komponen dalam PN.



"Kita sudah ada 60 kerusi untuk bertanding. Bagaimanapun, perbincangan masih diteruskan," katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran Markas Besar Marang P037 di Dewan Tok Guru, di Rusila kelmarin.



Tambahnya, calon akan ditapis oleh majlis syura parti bagi memastikan mereka benar-benar layak bertanding. - BHM, Agensi berita.




"Yang paling utama, apabila kita bentuk kerajaan, kita betulkan masalah ekonomi kerana ramai rakyat yang susah, soal pulihkan perniagaan, wujudkan peluang pekerjaan dan seumpamanya. Kita lihat bagaimana hendak bantu rakyat yang sebahagiannya jatuh miskin tak kira apa kaum."



- Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >