Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Muhyiddin: Pulih ekonomi, tangani Covid-19 keutamaan

PM M'sia ujar pilihan raya boleh diadakan lepas pandemik dapat diatasi
Mar 03, 2021 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Melangkah ke depan dari tahun penuh cabaran ekoran pandemik Covid-19 di seluruh dunia, tumpuan utama kerajaan Malaysia sekarang ialah memastikan usaha pemulihan ekonomi berjalan lancar, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Dengan menjanjikan komitmen penuhnya, beliau berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus menjadi 'Prihatin Rakyat', sambil menambah bahawa mengendalikan Covid-19 akan juga tetap terus menjadi keutamaan.



Berkata demikian dalam satu majlis amanat setahun Malaysia Prihatin yang diadakan di Putrajaya kelmarin, Tan Sri Muhyiddin berkata sedang kawalan penularan penyakit itu dilakukan, kegiatan ekonomi akan tetap terbuka untuk memastikan mata pencarian tidak terjejas.



Menggariskan rancangan kerajaan PN pasca-Covid-19, beliau berkata mewujudkan peluang pekerjaan dan memperkuat ekonomi digital adalah antara usaha yang harus dilakukan, dengan bagi tahun ini, Majlis Pekerjaan Nasional menyasarkan mewujudkan 500,000 pekerjaan bagi rakyat Malaysia.



"Setelah mengharungi segala cabaran pada 2020, kerajaan bertekad untuk memacu pemulihan ekonomi dengan lebih rancak pada 2021 demi kesejahteraan rakyat.



"Saya tahu, walaupun keadaan sudah beransur pulih, ramai rakyat di luar sana masih mengalami kehilangan punca pendapatan dan banyak usahawan tertekan untuk meneruskan perniagaan," katanya.



Namun kerajaannya telah mempelajari banyak perkara, antaranya mengenai corak penularan Covid-19, melalui analisis data yang dikumpul, kata beliau.



Selain itu, Tan Sri Muhyiddin juga sekali lagi menegaskan beliau sentiasa menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan prinsip demokrasi.



Oleh itu, katanya, apabila masalah Covid-19 sudah dapat diatasi, beliau akan menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya membubar Parlimen agar pilihan raya boleh diadakan dan rakyat bebas memilih kerajaan yang layak untuk memerintah.



"Buat masa ini, berilah ruang kepada kerajaan Perikatan Nasional untuk tumpukan sepenuh perhatian pada usaha mengawal penularan wabak ini. Tumpuan utama kerajaan ketika ini ialah mengeluarkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi.



"Sehingga waktu itu, saya dan rakan dalam Kabinet akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.



"Apabila pilihan raya diadakan, sudah tentu kita akan menyerahkan kepada rakyat untuk memutuskan sama ada kerajaan PN harus dipilih semula atau sebaliknya, namun saya harap mereka akan memilih kita semula.



"Anda bebas untuk memilih dan itulah demokrasi," katanya.



Beliau turut menegaskan tidak ada satu pun Ordinan Darurat yang diisytihar di negara itu sejauh ini bertujuan membolehkan perdana menteri kekal berkuasa selama-lamanya.



Tan Sri Muhyiddin berkata Proklamasi Darurat yang diperkenanYang di-Pertuan Agong semata-mata bagi mengatasi masalah Covid-19.



"Saya sedar dan saya faham maksud demokrasi. Justeru, tidak ada satu pun daripada ordinan ini yang bertujuan untuk membolehkan perdana menteri kekal berkuasa selama-lamanya, malah darurat yang sedang dilaksanakan ini juga mempunyai tempoh tamat pada 1 Ogos 2021."



Yang di-Pertuan Agong, tambahnya, juga melantik sebuah Jawatankuasa Khas Bebas yang turut dianggotai Ahli Parlimen pembangkang untuk meneliti keadaan darurat dan membuat perakuan sama ada darurat boleh ditamatkan lebih awal atau sebaliknya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >