Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhyiddin sedia angkat sumpah sebagai PM, tentangan Pakatan Harapan berterusan

Mar 1, 2020 | 10:26 AM
Mantan timbalan pemimpin, Tan Sri Muhyiddin Yassin disokong oleh kebanyakkan AP Bersatu dan Umno, PAS, serta Gabungan Parti Sarawak yang menguasai bahagian timur negara itu.
Mantan timbalan pemimpin, Tan Sri Muhyiddin Yassin disokong oleh kebanyakkan AP Bersatu dan Umno, PAS, serta Gabungan Parti Sarawak yang menguasai bahagian timur negara itu. - AFP

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) , Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah bersedia mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 10.30 pagi hari ini (1 Mac ), tetapi Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad enggan berputus asa.

Sedang ketua yang menyokong Tan Sri Muhyiddin berkumpul di Masjid Kuala Lumpur dekat dengan Istana Negara, PH merancang menghimpunkan perkumpulan mereka yang disokong 115 orang, bagi menyokong Dr Mahathir kembali berkuasa, menurut The Straits Times.

Dr Mahathir menarik perhatian bahawa enam anggota parlimen dari Bersatu, termasuk dirinya tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin bagi jawatan perdana menteri.

Beliau menambah sudah menyiapkan satu surat yang akan dikirimkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan perkembangan terkini.

Bagaimanapun, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Ahmad Shah enggan bertemu Dr Mahathir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg