Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin seru pemimpin Melayu/Islam M'sia satu hati, ketepi perbezaan politik

Nov 28, 2020 | 05:39 PM



KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru kepada semua pemimpin Melayu dan Islam agar bersatu dalam sebuah jemaah yang besar di bawah Perikatan Nasional (PN).



Sebaliknya, jika berpecah belah, jelas Tan Sri Muhyiddin, seruan perpaduan Melayu dan penyatuan ummah akan menjadi retorik semata-mata.



"Justeru, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan mengajak saudara-saudari sekalian supaya melihat maslahah yang lebih besar, kepentingan yang lebih utama. Alangkah baiknya jika semua pemimpin Melayu dan Islam di negara ini dapat bersatu dalam sebuah jemaah yang besar, berbanding berpecah belah dalam kabilah-kabilah kecil yang melemahkan kita.



"Ya, jika kita hanya memikirkan kepentingan kabilah kita, kelompok kita, parti kita, maka selama-lamanyalah kita akan berpecah belah. Seruan perpaduan Melayu, penyatuan ummah akan menjadi retorik semata-mata. Perpaduan Melayu akan sentiasa kekal sebagai mimpi yang sukar dicapai. Ia tidak akan menjadi nyata sepanjang hayat kita," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada Sabtu (28 November).



Laman Astro Awani menukil beliau sebagai berkata Bersatu dan Umno juga pernah menjadi seteru politik di dalam Pilihan Raya Umum ke-14, (PRU14) namun telah ditakdirkan menjadi rakan sekutu sehingga tertubuhnya Perikatan Nasional (PN).




"Tetapi dalam keadaan yang mencabar ini, saya ingin mengajak saudara dan saudari untuk berfikir sejenak. Cuba kita renungkan. Fikir dalam-dalam.



"Adakah takdir Allah swt yang mempertautkan Bersatu dan Umno termasuk juga PAS, dalam satu saf politik ini berlaku begitu sahaja tanpa ada apa-apa hikmah di sebaliknya? Tidakkah kita terfikir bahawa Allah swt sebenarnya sedang menguji kita?" tegas beliau lagi.



Beliau mengingatkan perwakilan bahawa kemelut yang melanda di antara Bersatu dan Umno merupakan ujian daripada Allah Swt. Justeru, dalam mengharungi ujian itu, Presiden Bersatu itu menegaskan, peluang tersebut harus direbut dalam usaha mengukuhkan penyatuan antara dua parti itu.



“Inilah masanya untuk pemimpin Melayu mengetepikan perbezaan politik dan bangkit mempertautkan hubungan silaturahim dalam semangat ukhuwah dan mahabbah demi maslahah yang lebih besar, iaitu penyatuan umat Melayu di negara ini, Insya-Allah.



"Saya percaya penyatuan umat Melayu akan mewujudkan kestabilan politik di negara ini yang pastinya akan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat," katanya lagi. - ASTRO AWANI




 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >