KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam enggan mengulas mengenai apa yang berlaku dalam pertemuan antara pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Yang di-Pertuan Agong, dengan Datuk Seri Anwar mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.
Tan Sri Muhyiddin berkata beliau ingin menumpukan tenaganya untuk menguruskan wabak Covid-19 dan ekonomi yang sedang terjejas.