Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Dunia0

Muhyiddin umum bantuan kewangan $4.9b bagi PKP kedua Malaysia

Jan 18, 2021 | 07:43 PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin pada Isnin (18 Jan) mengumumkan pakej bantuan baru untuk membantu pekerja barisan hadapan dan ekonomi sedang dua pertiga negara itu memasuki minggu kedua sekatan separa yang ketat.

Tan Sri Muhyiddin melancarkan pakej bantuan bernilai RM15 bilion ($4.9 bilion) yang dinamakan Permai, dan mengumumkan bahawa hospital swasta Malaysia telah bersetuju untuk menerima pesakit koronavirus yang dirawat di kemudahan kesihatan awam, yang sudah sarat, lapor The Straits Times. 

Jumlah itu jauh lebih kecil daripada pakej rangsangan bernilai RM250 bilion yang dikeluarkan oleh kerajaan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama yang diumumkan Mac tahun lalu.

Enam negeri, termasuk Selangor, Johor dan Pulau Pinang yang penting bagi ekonomi, serta tiga wilayah persekutuan, termasuk Kuala Lumpur, telah diletakkan di bawah PKP 2.0 selama dua minggu kerana kes Covid-19 melonjak dalam beberapa minggu terakhir. 

Kes harian mencapai tahap tertinggi 4,029 pada Sabtu, setelah lebih 2,500 kes sehari dicatat sepanjang Januari.

Berita Popular

Di bawah pakej baru itu, Tan Sri Muhyiddin berkata tambahan RM800 juta akan diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan, bersama dengan dana untuk menggajikan 3,500 kakitangan kesihatan tambahan bagi menangani wabak yang semakin buruk di negara itu.

Beliau turut mengumumkan perluasan skim subsidi gaji untuk pemilik perniagaan di negeri dan wilayah di bawah PKP.

Sebanyak RM2.2 bilion pula akan diperuntukkan kepada Jabatan Kebajikan bagi membantu keluarga yang terjejas.

"Inisiatif Permai akan berdasarkan tiga tujuan utama, iaitu memerangi pandemik Covid-19, untuk memastikan kesejahteraan rakyat, dan untuk menyokong kelangsungan perniagaan," kata Tan Sri Muhyiddin.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map