Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Muhyiddin umum bantuan Pemerkasa Plus $13b untuk rakyat M'sia

May 31, 2021 | 09:44 PM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi, mengumumkan pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) bernilai RM40 bilion ($13 bilion) bagi mengurangkan beban rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Perdana Menteri menjelaskan, ia membabitkan suntikan fiskal oleh kerajaan berjumlah RM5 bilion.

Katanya, pelaksanaan PEMERKASA Plus menetapkan tiga matlamat utama iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

"Atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan wujud keseimbangan antara 'lives and livelihood' iaitu keperluan untuk melindungi nyawa, dan menjamin kesejahteraan rakyat.

"Seperti yang dijanjikan, hari ini saya ingin mengumumkan program bantuan Pemerkasa Plus sebagai inisiatif terbaharu kerajaan membantu meredakan cabaran dihadapi, terutama susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan yang disiarkan secara langsung, malam tadi. -BHM

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3