Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin Yassin bakal PM Malaysia ke-8

Feb 29, 2020 | 05:25 PM



KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin telah memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri negara itu setelah bertemu dengan para ketua politik pagi tadi (29 Februari).



Pengumuman itu dibuat sedang perdana menteri sementara, Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha mendapatkan sokongan mencukupi agar Pakatan Harapan (PH) dapat kembali berkuasa. 



Dalam satu kenyataan media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Agong berpandangan Tan Sri Muhyiddin, yang merupakan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.



Keputusan itu dicapai selepas ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat bebas mengemukakan nama calon Perdana Menteri kepada Agong.



Tan Sri Muhyiddin dijangka mengangkat sumpah esok (1 Mac) di Istana Negara, pada 10.30 pagi, menurut kenyataan Istana itu lagi. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >