Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) JOHOR 2022

Mukhriz kritik Anwar kurang usaha satukan blok pembangkang

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



BATU PAHAT: Dengan pelbagai pertindihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengkritik Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana tidak berusaha lebih banyak untuk menyatukan blok pembangkang.



"Kami tidak faham mengapa ada dua logo dalam Pakatan sendiri, jadi apa yang berlaku kepada khemah besarnya?



"Bagaimana untuk bertanding di bawah satu khemah besar kalau begini?" ujarnya selepas satu sesi beramah mesra di Rengit Sabtu lalu.



Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang parti pembangkang yang berpecah-belah, seperti langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan logonya sendiri sementara Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding sebagai Pakatan Harapan (PH).



Januari lalu, Datuk Anwar berkata beliau merancang menyatukan semua parti pembangkang termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno ditewaskan di PRN itu.



Namun, pendekatan 'khemah besar' itu masih belum menjadi nyata dan ini terbukti daripada pertindihan kerusi dalam kalangan beberapa parti pembangkang bagi PRN Johor yang akan berlangsung pada 12 Mac.



Datuk Mukhriz, yang juga anak mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga berkata Datuk Anwar kelihatan bertindak bagi pihak PKR lebih daripada bagi PH atau blok pembangkang secara umumnya.



"Ini penilaian saya sebagai orang luar. Dalam kalangan mereka (parti komponen Pakatan) pun, tiada kepimpinan PH yang sebenar.



"Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Dr Mahathir yang memutuskan agar keempat-empat parti PH bersatu dan bertanding di bawah logo PKR.



"Ini bertujuan menyatukan kita semua tetapi apa yang berlaku kepada PH sekarang? Dua logo berbeza dan berpecah belah," ujarnya.



Sebelum PRU14 pada 2018, Dr Mahathir yang ketika itu merupakan ketua de facto PH telah mengumumkan bahawa kesemua partinya bertanding di bawah satu logo yang sama walau apa pun keputusan yang dibuat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung permohonan perikatan tersebut untuk didaftar secara rasmi.



Apabila permohonan PH ditolak, DAP, Amanah, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR bertanding di bawah logo PKR dan meraih kemenangan dalam PRU14.



Namun, kerajaan perikatan itu musnah pada Februari 2020 apabila Dr Mahathir tiba-tiba meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.



Pejuang turut dituduh memecahbelahkan undi pembangkang di Johor selepas parti itu mengumumkan untuk bertanding dalam 42 kerusi.



Namun, Datuk Mukhriz menyalahkan Datuk Anwar dan berkata beliau tidak ikhlas ingin menyatukan parti pembangkang.



"Kini kami telah memutuskan untuk tidak menyertai 'khemah besar' ini dan mereka kata kami memecahbelahkan undi," ujarnya.



Ahli Parlimen Jerlun itu juga berkata Pejuang tidak bertujuan memecahbelahkan sokongan bagi pembangkang tetapi mahu menilai kedudukan partinya dalam kalangan pengundi, menjelang PRU akan datang yang harus diadakan selewat-lewatnya tahun depan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >