Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mula cemas ke pusat vaksinasi, kini tarik nafas lega

Jun 17, 2021 | 05:30 AM



BAGI Encik Kamsol Said, 61 tahun, pada mulanya beliau agak cemas untuk mendapatkan vaksinasi anjuran pemerintah selepas mendengar dan membaca cerita-cerita yang kurang menyedapkan hati di media sosial dan media arus perdana.



Saban hari beliau membaca cerita-cerita negatif tentang kesan vaksinasi ke atas penerima terutamanya ada juga pandangan pakar perubatan yang kurang yakin dengan keberkesanan vaksin yang dihasilkan oleh 11 gergasi perusahaan pengeluar vaksin Covid-19 dunia.



"Dalam kepala saya berlegar-legar tiga kemungkinan yang akan berlaku, pertamanya, saya agak tertekan apabila melihat di kaca televisyen kesesakan dan tidak ada penjarakan sosial di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seperti yang berlaku Di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur baru-baru ini.



"Saya jadi takut untuk ke PPV, takut dijangkiti virus Covid-19 akibat mereka yang datang tidak peduli dengan peraturan, apa yang mereka mahu disegerakan suntikan vaksin. Ramai rakan sebaya menjadi takut tiba-tiba, bukan takut vaksin tetapi keadaan sekitar di PPV," katanya kepada Berita Harian semasa diminta menceritakan pengalaman sebelum dan selepas mendapat suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca.



Encik Kamsol yang juga Pengarah Urusan Nada Sepakat Group mendapat dos pertama vaksin AstraZeneca di PPV, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Selangor pada 13 Jun lalu.



Menurut Encik Kamsol, kemungkinan kedua pula tertumpu kepada proses suntikan yang beliau diberitahu amat sakit selain kesan suntikan vaksin mungkin memudaratkan seperti yang diuar-uarkan di media sosial.



Alhamdulillah, katanya, kesan vaksinasi tidak memudaratkan seperti yang disangka. Beliau hanya demam biasa selama dua hari dan mulai pulih selepas mengambil Panadol tanpa perlu merujuk kepada doktor.



Namun, katanya, apa yang melegakan beliau suasana di PPV, IDCC Shah Alam, yang jauh berbeza dengan suasana di WTC, Kuala Lumpur, dengan aliran pergerakan orang ramai sangat teratur walaupun ramai.



"Para sukarelawan sangat mesra dan sentiasa memberi panduan kepada semua orang. Kita tak rasa sesat atau tidak terlayan.



"Proses suntikan vaksin juga tidak terasa sakit atau ketidakselesaan. Proses taklimat kesan vaksinasi juga amat jelas diberikan," katanya.



Bagi Pegawai Bomba Kanan II, Encik Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, 39 tahun, seperti mereka yang berdepan dengan hari vaksinasi, beliau sebagai manusia biasa juga berasa bimbang dan khuatir untuk mendapatkan dos pertama vaksin.



Menurutnya, beliau telah membuat persiapan dua minggu lebih awal pada Mac lepas dengan bersukan untuk kekal sihat selain minum air yang secukupnya selain mendapatkan maklumat tentang vaksinasi di media sosial terutamanya sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Katanya, ramai di antara rakan-rakan beliau yang telah mendapat suntikan lebih awal. Ada di antara mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti demam dan juga lenguh-lenguh badan.



"Setelah disuntik, alhamdulillah syukur saya tidak mengalami sebarang masalah sekadar terasa sengal di kawasan yang disuntik. Apabila masuk hari kedua, lenguh dilengan yang dicucuk telah hilang.



"Kini saya lebih yakin dan bersedia untuk menjalankan tugas terutama berhadapan dengan masyarakat awam kerana kami sentiasa berisiko untuk berjangkit sekiranya tidak mendapat suntikan lebih awal," katanya yang bertugas sebagai Anggota Pasukan Khas Unit Udara Bomba, Pangkalan Udara Subang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.



Encik Mohd Fakhrul berkata, vaksinasi amat penting bagi setiap individu bagi memastikan kesejahteraan negara dapat dipulihkan seperti dahulu selain orang ramai tidak perlu takut atau menolak vaksin itu tanpa usul periksa kesahihan fakta seperti yang dibawa oleh golongan anti vaksin.



Setakat ini, pemerintah Malaysia telah meluluskan vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech; viral vektor keluaran Astra Zeneka; inactivated keluaran Sinovac; recombinant viral vektor keluaran Cansino dan viral vektor keluaran Gamaleya untuk diberikan kepada golongan sasaran.




"Dalam kepala saya berlegar-legar tiga kemungkinan yang akan berlaku, pertamanya, saya agak tertekan apabila melihat di kaca televisyen kesesakan dan tidak ada penjarakan sosial di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seperti yang berlaku Di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur baru-baru ini.



Saya jadi takut untuk ke PPV, takut dijangkiti virus Covid-19 akibat mereka yang datang tidak peduli dengan peraturan, apa yang mereka mahu disegerakan suntikan vaksin. Ramai rakan sebaya menjadi takut tiba-tiba, bukan takut vaksin tetapi keadaan sekitar di PPV."
- Encik Kamsol Said, Pengarah Urusan Nada Sepakat Group mendapat dos pertama vaksin AstraZeneca.




PROGRAM VAKSINASI MALAYSIA



Kumpulan sasaran bagi 3 fasa pemberian vaksin dan anggaran individu yang akan divaksinasi



FASA 1



(Februari - April 2021)



KUMPULAN UTAMA 1



500,000 orang



Petugas barisan hadapan yang merangkumi petugas kesihatan kerajaan dan swasta



KUMPULAN UTAMA 2



Petugas barisan hadapan yang merangkumi perkhidmatan penting dan pertahanan



FASA 2



(April - Ogos 2021)



KUMPULAN UTAMA 1



9.4 juta orang



Baki kakitangan penjagaan kesihatan serta perkhidmatan penting dan pertahanan



KUMPULAN UTAMA 2



Warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi mengalami penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, kencing manis, dan tekanan darah tinggi serta orang kurang upaya (OKU)



FASA 3



(Mei 2021 - Feb 2022)



Kumpulan utama 13.7 juta orang/lebih



Penduduk berumur 18 tahun ke atas (warganegara dan bukan warganegara)



Keutamaan diberikan kepada zon merah, zon kuning dan kemudahan zon hijau



SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



PROGRAM IMUNISASI COVID-19 MALAYSIA



  • u 13,811,642 rakyat Malaysia sudah mendaftar

  • u 4,688,233 rakyat Malaysia sudah divaksinasi

  • u3,275,194 individu telah terima dos pertama

  • u 1,413,039 individu telah lengkap dos kedua

Maklumat sahih setakat 13 Jun 2021



SUMBER: BADAN BERTINDAK IMUNISASI COVID-19 (CITF)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >