Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

IS mula lancar serangan di Hadramaut, Yaman

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

IS mula lancar serangan di Hadramaut, Yaman

May 07, 2015 | 03:20 PM

YAMAN: Militan Negara Islam (IS) muncul buat kali pertama di Hadramaut, Yaman, dengan melancarkan serangan serentak ke atas kompleks pemerintah di bandar Tarim.

Menurut kenyataan di akaun Twitter IS yang dilaporkan agensi berita Reuters, IS telah menyerang pusat pemeriksaan tentera di bandar Tarim, hingga menyebabkan askar Yaman melarikan diri.

Rangkaian kumpulan Al-Qaeda di Semenanjung Arab (Aqap) kini mempunyai kehadiran kuat di kawasan Hadramuat.

Krisis berterusan di Yaman antara pemberontak Houthi dengan pakatan tentera yang dipimpin Arab Saudi kini membolehkan sayap-sayap militan Negara Islam (IS) untuk bertapak di seluruh Yaman.

Selain Hadramaut, sayap IS di Yaman turut melancarkan beberapa serangan di kawasan yang kini dikuasai pemberontak Houthi.

Menurut laporan criticalthreats.org, satu kumpulan yang pro IS yang dikenali sebagai Wilayat Hadramawt menyerang pasukan keselamatan tempatan dekat tebing di Tarim, Hadramawt, timur Yaman pada 30 April lalu.

Serangan itu merupakan yang pertama dikaitkan dengan IS di Hadramawt, di mana Aqap mempunyai kehadiran yang kuat. - Agensi berita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3