Murid madrasah Johor yang didera meninggal dunia
Apr 27, 2017 | 05:30 AM
JOHOR BAHRU: Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang dikatakan didera, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, meninggal dunia semalam, ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
Kanak-kanak berusia 11 tahun itu meninggal dunia pada 2.05 petang selepas doktor menangguhkan pembedahan memotong tangan kanannya, yang sepatutnya dilakukan semalam, kerana jantungnya tidak stabil.