Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Musim panas cetuskan kemarau, kurang air di beberapa negeri M'sia

Apr 27, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Beberapa negeri di Malaysia menghadapi kemarau serta bekalan air yang tidak mencukupi menyusuli cuaca panas yang berpanjangan pada masa sekarang.



Di Kelantan, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, menggesa rakyat di negeri pantai timur Malaysia itu agar mengadakan solat hajat memohon hujan.



Di Pulau Pinang, dengan empangan utama di negeri itu jatuh di bawah paras setengah, kepimpinan negeri itu meminta bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menjalankan operasi pembenihan awan.



Dalam satu kenyataan, Datuk Ahmad menyeru masjid dan surau di negeri itu agar mengadakan solat hajat untuk memohon hujan.



Beliau berkata keadaan cuaca panas yang dijangka berlanjutan sehingga Ogos ini telah menyebabkan kemarau dan menjejas tanaman.



"Untuk itu, saya menyeru rakyat Kelantan untuk perbanyakkan istighfar dan berdoa kepada Allah serta mengambil peluang untuk solat hajat di rumah masing-masing.



"Para imam disarankan melaksanakan solat hajat di masjid atau surau memohon agar hujan dapat turun pada kadarnya demi kesejahteraan bumi dan seluruh penduduk.



"Semoga dengan usaha dan ikhtiar ini, Allah menurunkan Rahmat-Nya kepada kita semua dengan menganugerahkan hujan secara merata lagi menyegarkan bumi ini," katanya, lapor Malaysiakini.



Baru-baru ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah mengalami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut dengan suhu boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah Celsius.



Sementara itu, operasi pembenihan awan di dua kawasan tadahan air di Pulau Pinang dijangka dilakukan bermula akhir bulan ini bagi mengisi secepat mungkin empangan berkenaan yang kian menyusut hari demi hari.



Pada Isnin, kadar efektif air di empangan Air Itam menyusut lagi kepada 44.8 peratus berbanding 46.1 peratus pada Isnin sebelumnya, manakala empangan Teluk Bahang pula merekodkan penyusutan daripada 49.8 peratus kepada 48.6 peratus.



Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Encik Ir K Pathmanathan, berkata kadar efektif kedua-dua empangan itu masing-masing sebanyak 82.5 peratus dan 64 peratus pada 1 Januari lalu, namun kini menyusut antara 37.7 peratus dan 15.4 peratus disebabkan taburan hujan yang rendah.



Berikutan itu, beliau berkata Pulau Pinang memerlukan operasi pembenihan awan dan pesawat TUDM dijangka membantu melaksanakannya mulai akhir bulan ini.



"Jabatan Meteorologi Malaysia mengesyorkan jangka masa dari 29 April hingga 7 Mei untuk gelombang pertama operasi pembenihan awan yang akan dijalankan di Pulau Pinang... keadaan cuaca harus sesuai untuk memaksimumkan kesan operasi pembenihan awan bagi mendorong hujan lebat," katanya, lapor Berita Harian Malaysia.



Terdahulu, kerajaan Pulau Pinang meluluskan peruntukan RM400,000 ($119,900) bagi membiayai operasi pembenihan awan di negeri itu.



Namun, tiada syarikat daripada sektor swasta yang dapat memenuhi kriteria dan syarat ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sehingga bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma) diperlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >