Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KESAN PERUBAHAN IKLIM

Musim panas di Eropah berpanjangan, sektor ekonomi terjejas

Aug 20, 2022 | 05:30 AM



ASERAL, NORWAY: Di bumi Nordic, serumpun negara di Eropah Timur, yang terkenal dengan sekitaran teluk curam dengan kehidupan penduduknya dikelilingi air, Encik Sverre Eikeland turun dari timbunan batu besar yang membentuk dinding salah satu takungan air utama Norway, melepasi kawasan semak kayu apung yang tumbuh seperti sesuatu yang tersangkut di gigi empangan, dan kemudian berdiri di atas tanah kering yang sebelumnya ditenggelami air.



"Anda lihat itu, deretan tumbuh-tumbuhan terhenti di situ," kata Encik Eikeland, 43 tahun, seorang ketua pegawai operasi firma, Agder Energi, sambil menunjuk ke arah garisan gersang yang nyata seluas 18 meter, di permukaan takungan air Skjerkevatn.



"Di situlah seharusnya permukaan air di takungan itu," katanya.



"Kami tidak biasa dengan keadaan kemarau," ujarnya sambil menggeleng kepala.



"Kami perlukan air," katanya lagi.



Musim panas kali ini terlalu hangat dan kemarau di seluruh Eropah menjejas hampir semua sektor ekonomi.



Rantau ini yang selalunya dingin, kini diselubungi masalah gara-gara perubahan iklim buatan manusia.



Perancis turut dilanda kebakaran hutan yang meluas, dan Lembah Loire kini kering-kontang hingga sungai di situ boleh diseberangi dengan berjalan kaki.



Sungai Rhine di German hanya sedalam beberapa sentimeter di beberapa bahagian, melumpuhkan laluan bot dan kapal yang menjadi kegiatan komersil penting di situ.



Italy malah lebih kering berbanding masa-masa lalu sejak tahun 1800, dan kaum petani penanam padi menghadapi risiko kerugian hasil tuaiannya, yang dijadikan bahan sajian makanan umum.



Tetapi kesan kemarau yang paling teruk adalah di Norway, yang bahagian selatannya sentiasa dibanjiri air, kini hingga kambing biri-biri ternakan mereka terpelus dalam lumpur dan ikan salmon tidak lagi dapat berenang memasuki sungai di situ.



Bekalan takungan air berkuasa hidro - yang membekalkan 90 peratus tenaga elektrik Norway dan sumber eksport elektrik ke beberapa buah negara jirannya - telah surut ke paras paling rendah dalam masa 25 tahun, mengakibatkan kurang bekalan yang memicu kepada kenaikan harga dan ketegangan politik.



Panas terik di musim panas kali ini mengakibatkan kemarau buruk, diburukkan lagi dengan krisis eksport gas Russia - ekoran sekatan terhadap Kesatuan Eropah (EU) gara-gara peperangan di Ukraine.



Semua itu menjejas sistem kuasa tenaga Eropah di tempat-tempat yang tidak dijangkakan dan cara yang tidak disangkakan.



Di Perancis, kehangatan sungai merumitkan lagi operasi jana kuasa nuklear hingga mengancam kegunaannya.



Di German, paras air sungai Rhine terlalu rendah hingga tidak boleh dilalui kapal pengangkut arang batu yang amat diperlukan oleh negara itu sebagai ganti kepada ketiadaan bekalan gas dari Russia.



Dan di Britain pula, yang mengalami cuaca paling kering pada Julai lalu dalam masa 90 tahun, mengakibatkan kebakaran hutan di sekitar London, hingga ribuan rumah di bahagian utaranya ketiadaan bekalan elektrik.



Sementara Norway sedang cuba untuk bergabung dalam pasaran Eropah, negara yang kaya dengan sumber itu, yang merupakan pengeksport utama minyak dan gas, kini tertekan untuk menyimpan sumber tenaga yang dimilikinya untuk kegunaan sendiri.



Cara terbaik untuk mengatasi krisis ini dan mewujudkan keamanan bekalan tenaga adalah dengan segera mungkin untuk tidak lagi bergantung kepada bekalan gas Russia.



Tetapi itu adalah suatu tugas yang amat berat, jelas Encik Steffen Syvertsen, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma Agder Energi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >