Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muslim Amerika kumpul dana bantu baiki pusara Yahudi

Feb 23, 2017 | 09:08 AM



NEW YORK - Rakyat Muslim Amerika telah membantu menngumpul lebih AS$84,000 ($118,000) untuk membaiki batu nisan yang rosak di tanah perkuburan Yahudi di St Louis, Missouri.



Demikian menurut laman penjanaan dana dalam talian di tengah-tengah serangan dan ancaman terhadap institusi Yahudi.



Kira-kira 170 batu nisan itu diroboh atau rosak di tanah perkburan tertua Kesed Shel Emeth Society pada hujung minggu, menurut kakitangan tanah perkuburan.



Beberapa kumpulan Yahudi menyifatkan vandalisme dan ancaman sebagai bukti terbaru bahawa kumpulan-kumpulan anti-Semitik semakin berani selepas pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.



"Muslim Amerika bersatu padu dengan masyarakat Yahudi-Amerika mengutuk perbuatan noda ini," kata penganjur tabung tersebut.



Lebih 3,000 orang telah menderma AS$84,261.



Pusat komuniti Yahudi di seluruh Amerika Syarikat telah melaporkan peningkatan ancaman bom.



Trump mengutuk ancaman sebagai anti-Semitisme buat kali pertama pada Selasa.



Usaha mengumpul dana telah dilancarkan oleh Linda Sarsour, seorang aktivis politik liberal, dan Tarek El-Messidi, pengarah pengasas Celebrate Mercy, sebuah pertubuhan bukan meraih untung yang menjelaskan kepada orang tentang Nabi Muhammad saw. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >