Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Myanmar potong khidmat Internet, kerah askar seluruh negara

Feb 16, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Myanmar memotong khidmat Internet dan mengerahkan askar di seluruh negara semalam - satu petanda kemungkinan berlakunya tindakan keras terhadap bantahan antikudeta - dan beberapa jam setelah pasukan keselamatan melepaskan tembakan untuk menyuraikan bantahan di utara negara itu.



Pihak junta telah meningkatkan usaha untuk menamatkan kempen ketidakpatuhan sivil yang kian meluas yang menuntut pembebasan pemimpin negara yang digulingkan, Cik Aung San Suu Kyi.



Pemotongan Internet semalam dan permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar pemerhatinya dibenarkan masuk ke negara itu sejurus gambar siaran langsung yang dikongsi di platform media sosial menunjukkan kenderaan tentera dan askar bergerak di beberapa bahagian negara itu.



Kumpulan pemantau NetBlocks mengatakan tindakan "pemadaman maklumat" yang diperintahkan pihak tentera telah menyebabkan Myanmar hampir tidak mempunyai akses dalam talian.



Pasukan pemerintah di Myitkyina melepaskan gas pemedih mata dan menembak ke arah orang ramai yang berkumpul di bandar utara itu untuk menghentikan bantahan.



Seorang wartawan di tempat kejadian berkata tidak jelas sama ada polis menggunakan peluru getah atau peluru hidup.



Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya lima wartawan yang memantau tunjuk perasaan itu telah ditahan, dan telah menerbitkan gambar beberapa orang yang cedera dalam kejadian itu.



Satu kenyataan bersama duta besar Amerika Syarikat, Britain dan Kesatuan Eropah (EU) menggesa pasukan keselamatan tidak mencederakan orang awam.



"Kami meminta pasukan keselamatan supaya tidak melakukan kekerasan terhadap penunjuk perasaan, yang membantah penggulingan pemerintah mereka yang sah," kata mereka.



Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, menyuarakan seruan serupa, dan meminta pihak berkuasa untuk "memastikan hak perhimpunan aman dihormati sepenuhnya dengan penunjuk perasaan tidak dikenakan tindakan balasan".



Melalui jurucakapnya, Encik Guterres juga meminta pihak tentera agar "segera" mengizinkan diplomat Switzerland Christine Schraner Burgener mengunjungi Myanmar "untuk menilai situasi secara langsung".



Kedutaan Amerika menasihati warganya untuk berlindung di tempat selamat dan tidak melanggar perintah berkurung pada waktu malam yang dikenakan pihak rejim.



Pelapor khas PBB, Encik Tom Andrews, berkata usaha pihak junta untuk mengenakan tindakan keras terhadap gerakan tunjuk perasaan di negara itu adalah tanda "terdesak" dan sama dengan pengisytiharan perang terhadap rakyatnya sendiri.



Sebilangan besar rakyat negara itu marah sejak pihak tentera menahan Cik Suu Kyi dan rakan politiknya pada 1 Februari lalu, mengakhiri demokrasi yang baru berusia beberapa tahun, setelah sekian lama diperintah junta tentera.



Pemenang Nobel itu menghabiskan bertahun-tahun di bawah tahanan rumah semasa pemerintahan diktator sebelumnya, dan pada kali ini tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak beliau ditahan lagi.



Pemotongan Internet pada hujung minggu lalu gagal mengatasi tindakan orang ramai berkumpul di pusat bandar besar dan kampung-kampung terpencil.



Pekerja mogok yang menerajui kempen ketidakpatuhan sivil adalah antara sekurang-kurangnya 400 orang yang ditahan sejak rampasan kuasa itu, kata kumpulan pemantau Persatuan Bantuan Tahanan Politik.



Namun rasa takut diberkas tidak menghalang orang ramai untuk kembali ke jalan-jalan di seluruh negara untuk melakukan bantahan jalanan kesembilan hari berturut-turut pada Ahad lalu.



Di bandar Dawei di selatan, tujuh pegawai polis bergabung dengan penunjuk perasaan antikudeta, yang mencerminkan laporan media tempatan mengenai pembelotan oleh pasukan polis dalam beberapa hari terakhir.



Di beberapa kawasan, kumpulan pengawasan kejiranan untuk memantau masyarakat mereka telah dibentuk untuk mencegah penangkapan penduduk yang bergabung dalam gerakan ketidakpatuhan sivil.



Pihak tentera terus menegaskan ia mengambil alih kuasa secara sah dan tidak mengendahkan seruan dan tekanan pihak antarabangsa. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >