Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Myanmar terus tegang dengan ribuan mulakan bantahan

Feb 11, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Ketegangan terus memuncak di Myanmar dengan ribuan penduduk di serata negara itu memulakan Gerakan Bantahan Awam (CDM) secara aman bagi memaksa junta tentera mengembalikan pemerintah demokrasi dan menuntut pelepasan Presiden, Encik U Win Myint, dan Kaunselor Negara, Cik Aung San Suu Kyi.



Pada masa yang sama, para anggota parlimen yang memenangi pilihan raya November lalu telah menubuhkan satu perikatan dikenali sebagai 'Jawatankuasa Perwakilan Pyidaungsu Hluttaw' (CRPH) yang bertujuan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat selama lima tahun sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan versi 2008.



"Kecuali mereka yang ditahan junta tentera, kesemua anggota parlimen lain kini bersatu di bawah CRPH.



"Mereka mahu menggunakan hak di bawah perlembagaan 2008 yang belum dibuang sepenuhnya dan memikul mandat rakyat daripada pilihan raya umum 2020. Rakyat menyokong mereka," dedah Encik Kaung Htet Kyaw, seorang karyawan Myanmar, semasa dihubungi Berita Harian semalam.



Parlimen Myanmar mempunyai 440 wakil rakyat, dengan 330 daripadanya dipilih secara langsung dalam pilihan raya umum sementara 110 lagi dilantik oleh angkatan tentera negara itu.



Menyentuh tentang bantahan secara aman yang dijalankan, Encik Kaung berkata, "kakitangan awam, guru, pekerja hospital, pekerja bank melancarkan mogok. Sekolah, bank semua ditutup".



Menurut karyawan yang memiliki pusat tuisyen di Yangon itu, para pesakit yang memerlukan rawatan masih dirawat seperti biasa. Malah, 13 hospital swasta di Mandalay - kota kedua terbesar selepas Yangon - menawarkan rawatan secara percuma sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan mereka yang terlibat dalam tunjuk perasaan.



Dalam pada itu, Tentera Myanmar telah menyerbu ibu pejabat parti Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD) pimpinan Cik Suu Kyi, di Yangon, pada 9.30 malam kelmarin.



"Diktator tentera menyerbu dan memusnahkan ibu pejabat NLD kira-kira 9.30 malam," umum NLD dalam kenyataan ringkas menerusi laman sosial Facebook parti itu tanpa memberikan butiran lanjut.



"Mereka merampas pelbagai barangan termasuk mohor rasmi parti dan kami sekarang sangat berhati-hati dengan segala berita yang diumumkan NLD," kata Encik Kaung lagi.



Sementara itu, Kesatuan Eropah (EU) mempertimbang untuk mengenakan sekatan baru menyusuli rampasan kuasa oleh tentera di Myanmar, kata ketua dasar luar blok itu, Encik Josep Borrell, kelmarin.



Namun, beliau memberikan amaran, sebarang hukuman terbabit tidak harus membabitkan penduduk negara itu secara keseluruhan.



"Kami sedang meneliti segala pilihan yang ada," katanya kepada Ahli Parlimen di Parlimen Eropah, kelmarin.



Encik Borrell menjelaskan, antara pilihan sedia ada ialah EU mengenakan 'sekatan bersasar tambahan terhadap individu dan perniagaan yang dimiliki oleh tentera'.



Myanmar terus bergolak dengan bantahan meluas walaupun junta memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas tunjuk perasaan yang mengancam 'kestabilan', dan mengenakan sekatan baru untuk melarang perhimpunan melebihi lima orang.



Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan bahawa pihaknya 'amat bimbang' terhadap keganasan yang berlaku.



"Penggunaan kekerasan tidak wajar terhadap penunjuk perasaan adalah tidak boleh diterima," kata penyelaras kemanusiaan dan wakil PBB di Myanmar, Encik Ola Almgren, yang ditukil agensi berita AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >