Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Myanmar: Wakil PBB gesa Majlis Keselamatan ambil tindakan kembali demokrasi

Mar 07, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Seorang lagi penunjuk perasaan mati ditembak di Myanmar sedang wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa Majlis Keselamatan mendengar 'rayuan rakyat' dan mengambil tindakan segera bagi mengembalikan semula demokrasi di negara yang sedang bergelora itu.



Mangsa berusia 26 tahun itu, yang membantu untuk meletakkan penghalang bagi memperlahankan pasukan tentera, dilaporkan ditembak di bahagian leher.



Kejadian itu susulan tragedi berdarah Rabu lalu, apabila PBB mendedahkan sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dan pasukan keselamatan dilihat menembak ke arah orang awam.



Keadaan semalam semakin tegang dengan polis anti rusuhan dilihat melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan, sekali gus mencerminkan keengganan jeneral tentera Myanmar merubah pendiriannya meskipun berdepan tekanan antarabangsa yang hebat.



Utusan Khas PBB ke Myanmar, Cik Christine Schraner Burgener, menegaskan semua tindakan keganasan pihak junta tentera Myanmar tidak boleh diterima sama sekali.



"Kita perlu bersatu menentang keganasan di Myanmar. Penindasan perlu dihentikan," tegas beliau.



Beliau berkata, pihaknya menerima hampir 2,000 mesej setiap hari meminta tindakan antarabangsa dikenakan ke atas Myanmar.



"Rakyat Myanmar meletakkan harapan mereka kepada PBB dan saya sendiri mendengar rayuan mereka yang sedang dalam keadaan amat terdesak, rayuan daripada golongan ibu, pelajar dan warga emas," katanya.



Menurut PBB, sejak rampasan kuasa oleh tentera Myanmar pada 1 Februari, lebih 50 penunjuk perasaan telah terbunuh dengan sekurang-kurangnya 38 terkorban pada Rabu lalu.



Para penunjuk perasaan Myanmar menuntut pelepasan Cik Aung San Suu Kyi dan lain-lain pemimpin negara itu yang kini ditahan tentera Myanmar.



Mereka juga mahu keputusan pilihan raya November lalu, di mana parti Cik Suu Kyi menang besar, namun didakwa tentera Myanmar sebagai tidak sah, dihormati.



"Berapa banyak lagi kelonggaran yang harus kita berikan kepada tentera Myanmar?" kata Cik Schraner Burgener.



"Adalah penting bagi majlis ini bersatu hati dan bersepakat dalam memberi notis kepada pasukan keselamatan sebagai menyokong rakyat Myanmar, sejajar dengan keputusan pilihan raya November lalu yang begitu jelas," tambahnya.



Jurucakap tentera Myanmar enggan mengulas ketika diminta agensi berita Reuters.



Awal sebelum ini, tentera Myanmar berkata pendiriannya ialah untuk tidak menggunakan kekerasan bagaimanapun ia tidak boleh bersikap toleran kepada percubaan menggugat kestabilan negara.



Bagaimanapun, Myanmar kian terpencil dengan tindakan tenteranya menggunakan kekerasan ke atas rakyat sendiri.



Presiden Korea Selatan Moon Jae-in antara pemimpin yang semakin lantang mengkritik keadaan di Myanmar.



Menerusi satu catatan Twitter, beliau menuntut pihak tentera menghentikan keganasan, melepaskan para pemimpin negara itu yang ditahan serta mengembalikan demokrasi ke negara Myanmar.



Meskipun demikian, sekatan ke atas Myanmar - termasuk sekatan ekonomi - dari masyarakat antarabangsa adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku dalam jangka masa terdekat.



Ini kerana beberapa negara berpendapat tindakan sedemikian hanya akan menyukarkan lagi kehidupan rakyat negara itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >