Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS nafi dakwaan Iran bahawa ia setuju hapus sekatan

Jun 25, 2021 | 05:30 AM



DUBAI/BERLIN: Iran mendakwa Amerika Syarikat telah bersetuju menghapuskan semua sekatan berkaitan minyak dan perkapalan negaranya.



Namun, Washington menegaskan "tidak ada yang dipersetujui sehingga semuanya berjaya dirundingkan" dalam perbincangan untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear Iran 2015.



Kenyataan yang dibuat ketua staf Presiden Hassan Rouhani, Encik Mahmoud Vaezi, mengulangi kenyataan sebelumnya oleh pegawai di kem Encik Rouhani bahawa Washington bersedia membuat konsesi semasa rundingan nuklear di Vienna yang bermula April lalu.



Rundingan tidak langsung itu ditangguh Ahad lalu untuk berunding dengan kepimpinan negara masing-masing, dua hari setelah Iran mengadakan pilihan raya presiden yang dimenangi pemimpin tegar Encik Ebrahim Raisi, ketua kehakiman Iran yang kini dikenakan sekatan oleh Amerika.



Encik Raisi bakal menggantikan Encik Rouhani pada Ogos.



Iran membuat perjanjian dengan kuasa besar dunia pada 2015 untuk mengekang program pengayaan uraniumnya - proses bagi pembinaan senjata nuklear - dan sebagai balasan Amerika, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menarik balik sekatan terhadap Teheran.



Namun, Presiden Amerika Donald Trump kemudian meninggalkan perjanjian itu pada 2018 dan mengenakan sekatan lebih ketat, mendorong Teheran melanggar beberapa batas nuklear pada 2019, sambil menegaskan kedudukannya bahawa ia tidak mempunyai cita-cita senjata nuklear.



Pengganti Encik Trump, Presiden Joe Biden, mahu memulihkan perjanjian itu, tetapi pihak bertentangan belum setuju mengenai langkah yang harus diambil dan bila, dengan isu utama ialah adalah had nuklear yang boleh diterima Teheran dan sekatan apa yang akan dihapuskan Washington.



Walaupun mengakui perunding kadangkala menyusun draf teks, Jabatan Negara Amerika mengatakan tidak akan ada perjanjian hingga semua perkara berjaya dirundingkan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >