Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Nahas berlaku bila pemandu silap ubah haluan tren

Nahas berlaku bawah tanah antara stesen Kampung Baru, KLCC; seramai 213 cedera, 47 parah
May 26, 2021 | 05:30 AM



Beratus penumpang cedera apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbabit dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru, malam kelmarin. Satu daripada tren LRT yang terbabit dalam perlanggaran dengan sebuah lagi tren kosong LRT, dipercayai membawa 213 penumpang. BERITA HARIAN melaporkan.




KUALA LUMPUR: Siasatan awal mendapati pelanggaran dua tren LRT di laluan Kelana Jaya disebabkan kecuaian manusia, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.



Beliau mengatakan siasatan itu mendapati bahawa kemalangan itu berlaku kerana kecuaian pemandu yang mengendali Kereta Api 40 secara manual, yang tidak mempunyai penumpang pada masa itu.



"Ini disebabkan oleh kesalahan orang yang memandu kereta api ke arah yang salah," katanya semasa satu sidang media langsung melalui Zoom semalam.



Datuk Wee menjelaskan siasatan awal Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) mendapati Kereta Api 40 seharusnya menuju ke arah selatan menuju ke stesen Dang Wangi, tetapi sebaliknya menuju ke arah utara menuju ke depot Gombak.



"Ini menyebabkan Kereta Api 40 dan Kereta Api 81 (yang membawa penumpang) bertembung," tambahnya.



Beliau menambah bahawa pada masa yang sama, Kereta Api 81 beroperasi secara automatik ketika membawa penumpang dan menuju ke arah selatan menuju Kampung Baru pada 8.40 malam dari KLCC setelah mendapat maklumat bahawa Kereta Api 40 menuju ke stesen Dang Wangi.



Pada itulah dua tren itu bertembung.



Sementara itu, satu pasukan petugas khas ditubuhkan serta-merta bagi menyiasat insiden pelanggaran membabitkan dua tren LRT pada Isnin malam yang menyebabkan 213 orang cedera, 47 daripadanya parah.



Datuk Wee yang pergi ke tempat kejadian selepas nahas itu, berkata Ketua Pengarah Apad, Encik Azlan Shah Al Bakri, dijangka menghantar laporan awal insiden ini kepada Kementerian Pengangkutan secepatnya.



"Dalam tempoh dua minggu kita akan siasat sama ada insiden ini disebabkan kesilapan sistem atau komunikasi.



"Kita akan pastikan siasatan dan kenal pasti punca pelanggaran ini. Ini adalah kejadian pertama membabitkan pertembungan tren LRT dalam 23 tahun sejarah operasinya," katanya pada satu sidang media.



Beliau juga berkata insiden itu amat serius serta mendukacitakan dan Kementerian Pengangkutan akan bekerjasama dengan syarikat Prasarana dan Apad dalam mencari punca sebenar kejadian ini.



"Pada masa ini pihak Apad dan Prasarana sedang melihat secara terperinci sama ada perkhidmatan LRT ini akan beroperasi seperti biasa semula esok atau sebaliknya," katanya.



Beliau berkata apa yang paling penting adalah memastikan setiap penumpang yang mengalami cedera parah dan kritikal mendapatkan rawatan sewajarnya.



"Kita difahamkan bahawa setiap penumpang juga dilindungi insurans semasa menggunakan perkhidmatan LRT ini dan fokus kita adalah merawat mereka yang cedera.



"Perkara lain sama ada berhubung isu pampasan akan dibincangkan selepas semuanya selesai," katanya.



Di media sosial, beberapa gambar dan video berkaitan kejadian itu menjadi tular, dengan beberapa gambar menunjukkan penumpang berdarah, sementara yang lain dilihat terbaring di lantai kereta api.



Terdapat pecahan kaca berserakan di lantai, dengan ramai penumpang kelihatan bingung.



Sementara itu, bantuan khas sebanyak RM1,000 ($320) diberikan kepada 213 mangsa terbabit pelanggaran itu.



Pengerusi Prasarana Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata pihaknya juga akan menanggung kos perubatan mangsa yang menerima rawatan di hospital.



Katanya, mangsa yang kehilangan kerja akibat insiden itu turut akan diberi bantuan kewangan sewajarnya. - The Star, BHM.




"Ini disebabkan oleh kesalahan orang yang memandu kereta api ke arah yang salah.

Ini menyebabkan Kereta Api 40 dan Kereta Api 81 (yang membawa penumpang) bertembung."

- Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >