KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Singapura maut apabila sebuah kereta Porsche yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 3.9, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran Desa Petaling di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 2.15 pagi itu, mangsa, Encik Kwek Kun Chon, 35 tahun, dan Encik Franco Toh, 43 tahun, maut di tempat kejadian akibat cedera parah dan tersepit dalam kenderaan tersebut.