Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahas LRT di M'sia: 6 individu dalam keadaan kritikal, silap manusia dikenal pasti sebagai punca kemalangan

May 25, 2021 | 04:50 PM



KUALA LUMPUR: ENAM individu berada dalam keadaan kritikal menyusuli kemalangan kereta api Transit Aliran Ringan (LRT) yang pertama di Malaysia yang berlaku pada malam Isnin di Kuala Lumpur, sedang laporan awal menunjukkan terdapat kesilapan manusia yang menyebabkan perlanggaran antara dua kereta api itu berlaku yang membawa puluhan penumpang ke hospital.



"Ini adalah kerana kesilapan si pemandu yang membawa kereta api menghala ke arah yang salah," jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dalam sidang berita maya pada Selasa (25 Februari), lapor akhbar The Straits Times.



Beliau menambah laporan awal Agensi Pengangkutan Awam  Darat (APAD) menunjukkan  operator kereta api yang membawa 213 penumpang telah memandu kereta api itu secara manual ke arah yang salah selepas masa untuk berada di perhentian stesen itu tamat dengan kereta api itu tidak lagi mampu beroperasi secara automatik.



Keadaan itu, kata Dr Wee, menyebabkan kereta api itu bertembung dengan kereta api lain yang kosong, bergerak secara automatik tanpa pemandu yang menuju ke arah depoh perkhidmatan. 



Dr Wee menambah kedua-dua kereta api itu menghala ke arah yang sama di mana Train 40 yang membawa penumpang dan berada di depan telah memecut di stesen menyebabkan operator kereta api itu menggerakkan kenderaannya secara manual.



Bagaimanapun, daripada meneruskan perjalanan ke arah selatan, operator kereta api itu menuju ke utara, menyebabkan ia merempuh kereta api hala selatan yang kosong.



Dr Wee berkata 64 individu itu menerima rawatan di hospital di Kuala Lumpur dengan enam orang kini berada dalam keadaan kritikal. 



"Lagi 15 penumpang pula separuh kritikal," jelas Dr Wee tanpa memberi butiran lanjut.



Sejumlah 47 orang cedera teruk dalam kejadian itu sementara lagi 166 orang pula cedera ringan.



Satu jawatankuasa siasatan yang diketuai pegawai khidmat awam Kementerian Pengangkutan dan pakar daripada industri rel pula dibentuk menyusuli kejadian itu.



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Isnin menggesa agar siasatan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan dan operator rel Prasarana Malaysia disusuli dengan pengambilan tindakan tegas ke atas pihak yang bersalah.



Prasarana berkata ia akan menampung perbelanjaan perubatan semua mangsa nahas dan berkata setiap penumpang kereta api akan menerima RM1,000 ($320) sebagai pampasan.



Dr Wee menambah, Prasarana juga akan menanggung kos kehidupan sesiapa yang hilang sumber pencarian kerana nahas itu.



Kemalangan itu adalah yang pertama melibatkan LRT dalam khidmat 23 tahunnya di laluan rel Kelana Jaya yang dibuka pada 1998.



Laluan rel tersebut adalah yang paling sibuk di Malaysia dengan salah satu daripada beberapa sistem kereta api yang berkhidmat buat penumpang Kuala Lumpur dan wilayah jiran Selangor.



Rempuhan itu berlaku di terowong bawah tanah berhampiran stesen Kampung Baru, tidak jauh daripada stesen jiran di Pusat Bandar Kuala Lumpur. - The Straits Times



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >