Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Nahas MH17: Pakar Ukraine minta penduduk bantu cari mayat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Nahas MH17: Pakar Ukraine minta penduduk bantu cari mayat

Aug 07, 2014 | 02:51 PM

THE HAGUE: PARA penyiasat dari negara Belanda, Australia dan Malaysia yang berada di lokasi nahas MH17 di timur Ukraine telah meminta bantuan daripada penduduk tempatan dalam mencari mayat dan harta benda mangsa, kata kementerian keadilan Belanda semalam.

"Para penduduk diminta untuk mengesan mayat dan barang-barang peribadi mangsa.

"Mereka juga diberi kesempatan untuk menceritakan apa yang mereka lihat atau alami semasa nahas tersebut," kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di The Hague.

Risalah-risalah telah diedarkan semalam oleh Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah kepada para penduduk kampung di Rozsypne, dekat dengan lokasi di mana banyak mayat nahas tersebut ditemui.

Siasatan kepada punca nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 masih diteruskan pada hari Selasa dalam keadaan yang sukar, kata Encik Pieter-Jaap Aalbersberg, ketua misi polis Belanda di Ukraine.

Seramai 298 orang penumpang dan kakitangan pesawat terbunuh apabila pesawat jet Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh hampir tiga minggu lepas. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3