SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Naib Presiden AS Kamala Harris lawat S'pura, Vietnam bulan depan

Naib Presiden AS Kamala Harris lawat S'pura, Vietnam bulan depan

Jul 30, 2021 | 10:53 PM

Naib Presiden AS Kamala Harris lawat S'pura, Vietnam bulan depan

2f9fa8b6-7b61-4e75-baa5-37f02598018a
-

NAIB Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris akan mengadakan lawatan ke Singapura Ogos ini untuk memperkukuh hubungan dan memperluas kerjasama ekonomi dengan rakan kongsi penting Amerika Syarikat di rantau ini, kata jurucakapnya.

Beliau juga akan melawat Vietnam.

Memberi respons melalui satu kenyataan pada Jumaat (30 Julai), setiausaha akhbar Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata lawatan Cik Harris itu menggariskan kekuatan hubungan antara Amerika dengan Singapura.

Beliau berkata Cik Harris akan bertemu pemimpin di Singapura dan berbincang cara-cara untuk memperdalam kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang, termasuk pertahanan, keselamatan siber dan perdagangan digital.

Encik Lee berkata: "Saya dengan amat sukacita mengalu-alukan kehadiran Naib Presiden Harris di Singapura bagi kunjungan rasmi pertama. Saya berbesar hati untuk mengadakan perbincangan dengan beliau untuk memperkukuh kerjasama dua hala dan bekerjasama untuk menangani cabaran global seperti pandemik Covid-19 dan perubahan iklim."

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg