Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib akan mohon kes SRC dibicarakan semula

Mar 15, 2022 | 06:25 PM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memohon supaya kes penyelewengan dana RM42 juta ($13.6 juta) milik anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd (SRC) di mana beliau disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi.


Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata permohonan itu akan dibuat dengan alasan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi sepatutnya menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes terbabit.



Katanya, ia berikutan terdapat dakwaan bahawa Datuk Mohd Nazlan terbabit dalam permohonan pinjaman syarikat berkaitan 1MDB ketika berkhidmat sebagai setiausaha syarikat Maybank dan penasihat undang-undang kumpulan bank itu.


"Mohd Nazlan terbabit dalam proses permohonan pinjaman, beliau sepatutnya mendedahkan perkara itu dan tidak mendengar perbicaraan kes," katanya kepada wartawan ketika ditemui di luar Mahkamah Persekutuan, hari ini.



Semalam, Tan Sri Muhammad Shafee memberitahu pemberita, Datuk Mohd Nazlan sepatutnya mendedahkan jawatan terdahulunya di Maybank pada 2012.


Katanya, terdapat lebih RM4 bilion pinjaman Maybank kepada 1MDB untuk pengambilalihan Tanjong Energy Sdn Bhd (Tanjong) yang melalui pelbagai proses, jawatankuasa risiko dan keseluruhan lembaga (lembaga pengarah Maybank).



Beliau menambah, salah seorang ahli jawatankuasa yang mendapatkan arahan adalah Datuk Mohd Nazlan selaku ketua undang-undang, penasihat undang-undang kumpulan dan ketua bahagian korporat serta undang-undang.



Susulan itu, Tan Sri Muhammad Shafee berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan baharu di Mahkamah Persekutuan berhubung perkara berkenaan.


Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar permohonan Datuk Seri Najib untuk memasukkan bukti baharu dalam rayuan akhir kes SRC dengan mendakwa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya bekerjasama dalam rancangan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low terhadap dirinya. - BH Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >