Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib bakal mendedahkan manifesto pilihan raya BN malam ini

Apr 07, 2018 | 04:12 PM



PAKATAN parti pemerintah Malaysia, Barisan Nasional (BN), yang diketuai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, ingin “menjadikan Malaysia negara yang hebat”.



BN dijangka mendedahkan secara rasmi cogan kata “Hebatkan Negaraku” apabila Datuk Seri Najib melancarkan manifesto pilihan raya parti itu 8.30 malam ini, menurut akhbar The Straits Times.



Acara yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu juga bakal disiarkan secara langsung di televisyen tempatan.



Dalam satu wawancara dengan media tempatan minggu ini, Datuk Seri Najib berkata warga Malaysia harus bekerjasama dengan BN untuk “menjadikan Malaysia negara hebat”, dengan memberi mandat yang kukuh berdasarkan prestasi BN selama ini, lapor New Straits Times.



BN telah memerintah Malaysia sejak negara itu meraih kemerdekaan.



Namun, mereka dijangka menghadapi saingan yang sengit dalam pilihan raya akan datang, dengan pihak pembangkang yang dipimpin mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >