DUA PILIHAN RAYA KECIL DI MALAYSIA
Najib: BN menang besar tanda rakyat tolak Mahathir
Jun 20, 2016 | 05:30 AM
KUALA LUMPUR: Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar menunjukkan rakyat menolak Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambil melahirkan terima kasih kepada pengundi kerana meletakkan kepercayaan terhadap BN, Datuk Najib berkata mereka menolak pembohongan Tun Dr Mahathir.