Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib buat laporan polis berkaitan 'cubaan sembunyi bukti kes 1MDB'

Nov 28, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, semalam membuat laporan polis terhadap beberapa pihak yang didakwanya sengaja menyembunyikan bukti penting berkaitan transaksi wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International (SRC) ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).



Berita Harian Malaysia melaporkan Datuk Najib mendakwa beliau dan barisan peguamnya tidak mengetahui ada transaksi pemulangan RM65 juta ($21 juta) dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura dan disimpan syarikat milik suami mantan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).



Beliau juga mendakwa seorang saksi utama pendakwaan dalam kes SRC dihadapinya juga menerima lebih RM85 juta dana 1MDB.



"Pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB diambil balik dari Singapura disimpan syarikat milik suami bekas Gabenor BNM mengejutkan.



"Media turut melaporkan sebanyak RM700 juta dipindahkan ke akaun bank yang dikaitkan dengan bekas gabenor BNM itu sejak tahun 2007 sehingga tahun 2013," katanya kepada media.



Datuk Najib berkata beliau turut kecewa dengan pendedahan mantan peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas, dua hari lalu bahawa beliau menyedari transaksi sedemikian ketika memegang jawatan itu.



"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pula pada jawapannya di Parlimen Isnin lalu berkata polis dan pihak berkuasa hanya tahu dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan syarikat milik suami bekas Gabenor BNM, pada 2019, kini sudah hampir penghujung 2021.



"Maklumat sedemikian tidak pernah dimaklumkan kepada saya dan pasukan undang-undang saya untuk digunakan dalam pembelaan saya di mahkamah walaupun maklumat itu menjadi bahan kepada pembelaan dalam kedua-dua kes SRC dan 1MDB saya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >