Najib dakwa Mahathir penyebab kucar-kacir dalam negara
Jun 10, 2015 | 05:30 AM
PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menuding jari ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menimbulkan "kekecohan" di dalam negara.
Datuk Seri Najib berkata "keadaan kucar-kacir" yang ditimbulkan Dr Mahathir itu diburukkan lagi dengan pembohongan dan fitnah pembangkang.