Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib dapat kuasa keselamatan luas baru mulai Isnin

Jul 27, 2016 | 12:17 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, akan mendapat kuasa keselamatan luas pada Isnin (1 Aug), di tengah-tengah bantahan yang dirancang untuk mendesak beliau meletak jawatan berkaitan dakwaan Amerika Syarikat bahawa berjuta-juta dolar daripada syarikat pelaburan kerajaan masuk ke dalam akaun bank peribadinya.



Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru, yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos, membolehkan Datuk Seri Najib menetapkan mana-mana kawasan sebagai "kawasan keselamatan", di mana beliau boleh mengerahkan kuasa untuk mencari sembarang individu, kenderaan atau premis tanpa waran.



Ia juga membolehkan penyiasat mengetepikan siasatan formal ke atas pembunuhan oleh polis atau angkatan tentera di kawasan tersebut.



Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempromosikan akta itu sebagai langkah menentang ancaman keselamatan.



Bagaimanapun, pengkritik berkata kuasa luas undang-undang itu mengancam hak asasi manusia dan demokrasi di Malaysia, dan kini boleh digunakan untuk menutup mulut pengkritik syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



"Kebimbangan dalam kalangan masyarakat awam dan pihak lain ialah MKN boleh digunakan terhadap apa-apa yang kerajaan tidak gembira," kata Encik Wan Saiful Wan Jan, ketua eksekutif Institut bagi Ehwal Demokrasi dan Ekonomi, sambil menambah ia boleh meliputi perhimpunan awam.



"Ia memberi PM besar kuasa untuk mengisytiharkan zon kecemasan...," katanya.



Undang-undang itu diluluskan pada hari terakhir sesi perundangan Disember lalu, mengejutkan pembangkang, apabila Datuk Seri Najib menghadapi kritikan meningkat berkaitan skandal berbilion dolar berhubung dana 1MDB, yang diasaskan beliau dan majlis penasihatnya dipengerusikan beliau hingga baru-baru ini.



Ia juga digubal tanpa perkenan diraja, yang telah meminta beberapa perubahan dibuat pada akta itu.



Tekanan ke atas Datuk Seri Najib supaya meletak jawatan meningkat minggu lalu selepas Jabatan Kehakiman Amerika memfailkan tindakan undang-undang sivil yang mendakwa dana 1MDB berjumlah AS$3.5 bilion ($4.76 bilion) disalah guna.



Tindakan undang-undang itu bertujuan merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB.



Pakatan pembangkang Malaysia merancang mengadakan perhimpunan anti-Najib pada 30 Julai.



Kumpulan prodemokrasi Bersih juga merancang mengadakan perhimpunan berasingan, tetapi belum menetapkan tarikhnya.



Walaupun perhimpunan masih boleh dianjurkan di bawah Akta Perhimpunan Aman, MKN boleh mengisytiharkan sembarang kawasan - bangunan, jalan atau bandar - sebagai "kawasan keselamatan", di mana bantahan tidak dibenarkan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >