Najib digesa dedah identiti 'penderma' RM2.6b

PUTRAJAYA: Pengerusi Transparency International (TI), Encik Jose Ugaz, meminta Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mendedahkan identiti "penderma" dana RM2.6 bilion ($0.87 bilion) yang disalurkan ke akaun peribadinya.

"Siapa yang membayar wang tersebut dan mengapa? Ke mana perginya wang tersebut?" soalnya ketika berucap di persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, kelmarin.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto