Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib dikenakan empat tuduhan

Jul 04, 2018 | 09:49 AM



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dikenakan empat tuduhan - tiga bagi pecah amanah dan satu lagi kerana menerima rasuah berjumlah RM42 juta ($14.15 juta).



Datuk Najib, 64 tahun, diberkas Selasa oleh agensi anti-rasuah Malaysia dan menghabiskan masa semalaman dalam tahanan. 



Kehadiran beliau di kompleks mahkamah pagi Rabu disambut ratusan penyokongnya yang telah berkumpul sejak 6 pagi. 



Menurut laporan The Straits Times, tuduhan ke atas Datuk Najib itu akan dibentangkan di Mahkamah Jenayah Sesyen dan kes itu bakal didengar oleh hakim paling kanan mahkamah tersebut, Datuk Zainal Abidin Kamarudin.



Kes itu kemudian akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah,



Dalam kenyataan yang dikeluarkan kumpulan bertindak 1MDB yang dibentuk kerajaan, Datuk Najib diberkas di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur sekitar 2.35 petang Selasa berhubung syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah firma tenaga yang asalnya dibangunkan sebagai anak syarikat 1MDB.



Difahamkan, tuduhan ke atas Datuk Najib itu berhubung dana yang disalurkan kepada akaun peribadi beliau dari SRC International.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >