Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib: Duit yang diambil pegawai keselamatan adalah dari dana PRU14 Umno

Aug 10, 2018 | 11:50 AM



PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa RM3.5 juta (S$1.17 juta) yang dikatakan diambil oleh 17 pegawai keselamatan yang menjaga Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada malam pilihan raya sebenarnya adalah dari dana Umno. 



Mantan perdana menteri itu memberitahu Malaysiakini bahawa beliau terkejut pegawai keselamatan yang sepatutnya mengawal PMO telah mengambil wang dari sana. 



Datuk Najib berkata beliau membaca dalam beberapa laporan bahawa pihak berkuasa mengakui bahawa duit itu adalah dana pilihan raya Umno yang disimpan di luar bilik yang dikawal dan peti besi di PMO. 



“Jika pihak berkuasa tahu ini adalah dana Umno, maka mereka juga akan tahu bahawa RM 114 juta yang dirampas oleh polis dalam serbuan apartmen juga datang dari bilik yang dikawal serta peti besi di PMO,” kata Najib. 



Polis telah merampas wang tunai, jam tangan mewah, beg tangan dan barang kemas dari beberapa hartanah yang dikaitkan dengan Najib selepas mantan perdana menteri itu kalah dalam pilihan raya. 

- THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >