Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Najib: Ia hanya "rekaan politik"

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

SPEKULASI PENGUNDURAN MUHYIDDIN DARI KABINET M'SIA

Najib: Ia hanya "rekaan politik"

Jun 20, 2014 | 05:38 PM

PENGUNDURAN Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hanyalah "rekaan politik" pihak tertentu, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi kenyataannya hari ini.

Menurut Datuk Seri Najib, beliau mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan timbalannya itu.

"Sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa mendukung dan telah menjayakan segala dasar dan agenda pembangunan nasional, terutama yang berkait dengan rancangan transformasi negara yang saya bawa," ujar beliau dalam kenyataan itu, yang dikeluarkan sebentar tadi.

Datuk Seri Najib berkata sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pula, Tan Sri Muhyiddin sentiasa bersama-sama dalam segala usaha memperkukuh dan memantapkan perjuangan Umno dan BN, dan ini merupakan satu usaha berterusan dan masih banyak perlu dilakukan antara beliau dengan Tan Sri Muhyiddin.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3