Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Najib: Isu Tabung Haji beli tanah 1MDB "diputar belit"

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Najib: Isu Tabung Haji beli tanah 1MDB "diputar belit"

May 10, 2015 | 05:20 PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan pembelian tanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji pada harga RM188.5 juta ($69.76 juta) ialah satu tindakan menyelamat atau "bailout" - menyifatkan isu itu diputar belit bagi memperlihatkan seolah-olah Lembaga Tabung Haji menggunakan wang pencarum untuk menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangan.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan itu berkata, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah seluas 0.64 hektar itu bagi mengelakkan kontroversi urusan pembelian tanah itu dipanjangkan.

"Kami tidak mahu kontroversi ini dipanjangkan kerana ia akan mengambil banyak tenaga kami dari segi memberi tumpuan terhadap beberapa daripada program-program besar yang kami cadang untuk laksanakan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Belud di Sabah, hari ini. - The Malaysian Insider

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3