Najib kata tidak adil Umno memikul ‘beban’ beliau

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak  berkata bahawa pemimpin Umno perlu diberikan ruang untuk memimpin dan tidak adil bagi parti itu memikul ‘bebannya’. 

Beliau menjawab komen oleh tiga pemimpin Umno yang menyatakan parti itu harus terus maju tanpa Najib, kerana tuduhan terhadapnya di mahkamah boleh menjejas usaha untuk bangkit semula dari kekalahan dalam pilihan raya negara tiga bulan lalu. 

Beliau turut disoal mereka tentang pilihan raya kecil di Selangor yang berakhir dengan keputusan negatif oleh calon Umno, yang merupakan mantan pembantu kanannya ketika dalam pemerintah.

Menerusi satu pos di Facebook hari ini, Najib berkata: 
“Saya tidak ada niat untuk jadi presiden Umno lagi. Kepimpinan Umno baru harus diberi kepercayaan dan ruang untuk membuktikan kepimpinan mereka dan meraih kepercayaan orang ramai.” 
 

Waktu Solat

Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:25
Maghrib
7:13
Isyak
8:23
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.