KEPUTUSAN PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK
Najib: Kemenangan tunjukkan sokongan rakyat Sarawak kepada BN kian meningkat
May 11, 2016 | 05:30 AM
PUTRAJAYA: Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Sabtu lalu menunjukkan sokongan rakyat Sarawak semakin meningkat kepada Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pimpinan BN, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dengan mandat besar yang diberikan, beliau berkata pegawai kerajaan, anggota perkhidmatan dan pentadbiran awam perlu sentiasa mendengar denyut nadi dan apa yang dirasai oleh rakyat.