Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib mengaku tidak bersalah 25 tuduhan berkaitan 1MDB

Sep 20, 2018 | 04:40 PM



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah di mahkamah atas empat tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram. 



Datuk Seri Najib dikenakan tuduhan baru itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkaitan AS$681 juta ( S$933 juta) yang dipindahkan kepada akaun bank peribadinya. 



Duit tersebut dipercayai datang dari 1MDB, yang dibelenggu hutang lebih RM50 bilion (S$16.5 bilion). 



21 tuduhan pengubahan wang haram itu “termasuk sembilan tuduhan membabitkan penerimaan wang haram, lima tuduhan menggunakan wang haram dan tujuh tuduhan memindahkan wang haram kepada entiti lain,” menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim dalam satu kenyataan sebelum itu. 



Tuduhan tersebut bermaksud Datuk Seri Najib mungkin menghadapi hukuman penjara 15 tahun dan saman dengan jumlah tidak kurang dari lima kali nilai aktiviti terlarang yang dilakukan, atau RM5 juta, mana-mana nilai yang lebih tinggi. 



Bagi empat tuduhan salah guna kuasa, beliau mungkin menghadapi hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan saman yang tidak kurang dari lima kali keuntungan dari kesalahan itu, atau RM10,000, mana-mana nilai yang lebih tinggi. 



Dengan tuduhan yang dikenakan hari ini, mantan Perdana Menteri Malaysia itu menghadapi 32 tuduhan keseluruhannya. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >