Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Najib: MOU kereta api laju KL-S'pura akan dimeterai Julai

May 18, 2016 | 10:53 AM
Tapak Jurong Country Club di Jurong yang telah diperoleh pemerintah untuk dijadikan terminal bagi kereta api berkelajuan tinggi antara Singapura dan Kl.
Tapak Jurong Country Club di Jurong yang telah diperoleh pemerintah untuk dijadikan terminal bagi kereta api berkelajuan tinggi antara Singapura dan Kl. - THE STRAITS TIMES

LONDON: Satu memorandum persefahaman (MOU) bagi projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) antara Singapura dan Malaysia dijangka ditandatangani pada Julai, dedah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kami menjangka menandatangani MOU dengan Singapura pada Julai. Itulah sasarannya," kata beliau dalam satu sesi sarapan privet Bursa Malaysia bersama pengurus dana di Marlborough House, London pada Isnin (16 Mei).

Dalam ucapan pembukaan beliau kepada kira-kira 30 pengurus dana terkemuka Britain, Datuk Seri Najib berkata projek itu akan mengurangkan masa perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur kira-kira 90 minit, lapor agensi berita Bernama.

Projek itu "menimbulkan banyak keghairahan di seluruh dunia", katanya.

Beliau menyebut projek itu sebagai salah satu daripada banyak projek yang sedang dilaksana di Malaysia bagi meningkatkan infrastruktur dan ekonomi negara.

Memetik para diplomat, akhbar New Straits Times melaporkan majlis menandatangani dokumen itu dijangka disaksikan Datuk Seri Najib dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Kuala Lumpur.

MOU itu akan membuka jalan bagi rundingan terperinci mengenai perjanjian utama berhubung perancangan, pembangunan dan pelaksanaan serta operasi HSR itu.

Laluan sepanjang 350km itu ialah antara Bandar Malaysia dan Jurong East di Singapura, lapor Bernama.

Pembinaan HSR dijadualkan bermula tahun depan dan siap pada 2022.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg