Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib nafi tandatangani cek beri wang 1MDB kepada Umno

Jul 25, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, menafikan menandatangani sembarang cek untuk memberi wang kepada Umno menggunakan dana daripada syarikat pelaburan kerajaasn 1Malaysia Development Bhd (1MDB).



"Ia bukan dana 1MDB. Apabila kami mengeluarkan cek, kami sangat jelas bahawa ia bukan (dana) daripada 1MDB.



"Saya tidak akan mengeluarkan cek jika ia datang daripada 1MDB," kata Datuk Najib kepada pemberita di lobi Parlimen kelmarin, lapor media setempat



Dilaporkan bahawa gabungan Barisan Nasional (BN), yang Umno merupakan salah satu parti anggotanya, menerima RM300 juta ($101 juta) daripada 1MDB bagi pilihan raya umum 2013 dan bahawa ibu pejabat Umno menerima kira-kira RM145 juta daripada syarikat tersebut daripada akaun AmBank Datuk Najib.



Apabila didesak lebih lanjut, Datuk Najib berkata perkara itu sedang disiasat dan sumber dana harus dipastikan dengan jelas.



"Ia tertakluk pada penyiasatan (jadi saya) tidak boleh mengatakan. Biarkan ia berada di tangan penyiasat kerana kami tidak mahu mendahului penemuan mereka," katanya.



Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Kit Siang, minggu lalu mengatakan bahawa parti komponen BN yang menerima wang daripada Datuk Najib perlu memulangkannya jika ia datang daripada 1MDB.



Menurut portal berita Malaysiakini, wang itu diagihkan daripada akaun Daatuk Najib kepada parti komponen BN, termasuk Umno, Persatuan Cina Malaysia (MCA), Kongres India Malaysia (MIC), Gerakan, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Supp), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) dan parti lain, antara April 2012 dengan Ogos 2013.



Umno dilaporkan mendapat bahagian terbesar daripada dana tersebut - RM417.4 juta (88.8 peratus) - diikuti oleh MIC (RM20.55 juta) dan MCA (RM16.5 juta).



Terdahulu, Datuk Najib dikejutkan dengan satu majlis ringkas sambutan ulang tahun kelahiran ke-65 beliau di bangunan Parlimen.



Majlis itu, yang dianjurkan oleh sebuah syarikat produksi tempatan, Metamorphosis Global Studio Sdn Bhd, turut dihadiri oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; dan beberapa ahli Parlimen BN.



Sementara itu, Datin Rosmah berkata beliau tidak membeli barang kemas yang kini menjadi subjek utama dalam kes saman syarikat pemborong dari Lebanon, sebaliknya ia dihantar kepada beliau untuk dipilih kerana beliau isteri Perdana Menteri ketika itu.



Menurut satu kenyataan firma guaman Geethan Ram yang mewakili Datin Rosmah, 44 barang kemas yang dihantar syarikat Global Royalty Trading SAL adalah atas kemahuan syarikat itu sendiri tanpa sembarang kewajipan daripada beliau untuk membuat pembelian.



Global Royalty menuntut barang kemas itu dipulangkan atau Datin Rosmah membayar harganya yang berjumlah AS$14.79 juta ($20.2 juta). - The Star, BH Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >