Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib: Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi

Mar 25, 2014 | 11:00 PM



PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat MH370 telah mengakhiri penerbangannya di Selatan Lautan Hindi.


Dalam satu sidang tergempar sekitar 10 malam tadi, beliau berkata pesawat tersebut telah terbang di sepanjang koridor selatan, barat dari Perth Australia.


Datuk Seri Najib tidak mengambil soalan dalam sidang ringkas itu selain mendedahkan lebih banyak perincian akan diumumkan dalam satu sidang media pagi esok.


Dalam pada itu, sejurus sebelum sidang tersebut, Penerbangan Malaysia (MAS) telah memaklumkan anggota keluarga penumpang MH370 bahawa pesawat itu besar kemungkinan telah terhempas dan semua nyawa terkorban.


Menurut Datuk Seri Najib, pihak berkuasa Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dan syarikat satelit Inmarsat telah "membuat perkiraan lebih lanjut menggunakan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini.


"Mereka, Inmarsat dan AAIB, telah dapat membuat penyelidikan lebih mendalam, kajian mereka menunjukkan MH370 telah terbang di kawasan selatan koridor dan tempat terakhir kedudukan pesawat adalah di Lautan Hindi, di barat Perth.


"Lokasi itu adalah jauh dari tempat pendaratan pesawat.


"Saya dengan penuh sedih ingin memaklumkan kepada anda bahawa pesawat MH370 telah mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi.


"Kita akan mengadakan sidang akhbar esok bagi memberikan perinciannya.


"Syarikat Penerbangan Malaysia telah memaklumkan kepada keluarga penumpang dan keluarga anak kapal akan berita ini, kerana kami mendukung keterbukaan dan kerana ingin memaklumkan kepada ahli keluarga seberapa segera.


"Kepada ahli keluarga sepanjang minggu lalu, keadaan amat pilu dan berita yang mereka terima ini sememangnya lebih menyukarkan untuk mereka.


"Saya menggesa pihak media memberi mereka privasi dan ruang untuk mereka pada masa-masa sukar ini."


Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas pada 12.41 tengah malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu dalam perjalanan ke Beijing, China.


Ia seharusnya tiba pada 6,30 pagi tetapi gagal dikesan hingga menyebabkan gerakan mencari besar-besaran sehingga ke hari ini.


 


  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >