Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PRU14

Najib: Saya terima keputusan rakyat, Agong akan lantik Perdana Menteri baru

May 10, 2018 | 07:10 PM



"SAYA terima keputusan rakyat dan Barisan Nasional (BN) menghormati prinsip demokrasi berparlimen," demikian dinyatakan Perdana Menteri sementara yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi di sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 11.10 minit pagi.



Hasil keputusan rasmi pilihan raya pada 4.30 pagi tadi, Pakatan Harapan yang menaungi empat parti politik (Parti Keadilan Rakyat (PKR); Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu); Parti Tindakan Demokratik (DAP); dan, Parti Amanah Negara (PAN)) mendapat 113 kerusi, mengatasi BN yang menang 79 kerusi parlimen sementara Parti Islam SeMalaysia (PAS) mendapat 18 kerusi, dan parti-parti lain termasuk calon Bebas memenangi 12 kerusi.



Hasil keputusan itu menunjukkan tiada parti mendapat mandat untuk membentuk kerajaan menerusi majoriti mudah.



Kata Datuk Seri Najib, "oleh kerana tiada parti (politik) dapat simple majority (majoriti mudah), jadi Yang Dipertuan Agong akan buat keputusan siapa yang bakal dilantik Tuanku sebagai perdana menteri", terangnya.



Menurut Datuk Seri Najib, mengikut perlembagaan pelantikan seseorang Perdana Menteri adalah keputusan Yang Dipertuan Agong, "berdasarkan prinsip siapa dapat kepercayaan ahli Dewan Rakyat".



Menyentuh tentang pendirian BN mengenai keputusan yang bakal dibuat oleh Yang Dipertuan Agong itu, beliau berkata "BN terima keputusan Yang Dipertuan Agong dan ingin menggesa semua rakyat malaysia berada dalam keadaan yang tenang dan beri kepercayaan kepada Agong dan kebijaksanaannya untuk buat keputusan sebaik mungkin".



Datuk Seri Najib dalam kenyataannya itu turut memberi komitmen akan membuat penyelesaian terbaik yang "dilandaskan kepada kepentingan rakyat dan negara".



"Malaysia adalah semua negara teristimewa, Saya dan rakan-rakan berasa amat bertuah dapat memimpin negara selama ini," ujarnya dengan nada sebak dan wajahnya jelas menampakkan kewalahan selepas mendengar suara rakyat.



Menghargai jasa dan sumbangan rakan-rakan seperjuangan, beliau mengambil kesempatan itu untuk menguicapkan terima kasih kepada rakan-rakan di Barisan Nasional dan Umno serta ahli keluarga mereka juga kerana beri sokongan padu kepada BN.



Menyentuh tentang pencapaian BN, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kemenangan 79 kerusi juga adalah "mandat yang mesti dipandang berat" dan Barisan Nasional harus "melaksanakan amanah rakyat ini supaya rakyat beri lebih lagi pada masa akan datang".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >