Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib: Saya tidak gentar bantahan jalanan

Nov 17, 2016 | 09:56 AM



TOKYO: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau tidak gentar pada bantahan jalanan untuk menuntut beliau meletak jawatan dan hanya peti undi boleh menentukan nasibnya.



Merujuk kepada bantahan yang dirancang oleh kumpulan Bersih di Kuala Lumpur Sabtu ini (19 Nov), Datuk Seri Najib berkata kehendak rakyat akan diputuskan apabila pilihan raya umum diadakan.



Sebarang percubaan lain untuk menggulingkan kerajaan tidak mengikut perlembagaan, kata beliau semasa satu lawatan ke Tokyo.



Datuk Seri Najib menggesa kedaulatan undang-undang diutamakan, dan berkata bantahan jalanan akan hanya membawa kepada huru-hara.



"Kita telah melihat perkara ini berlaku di banyak negara. Walaupun apa yang dikenali sebagai Arab Spring diumumkan sebagai era perubahan, sebaliknya ia menyebabkan kesengsaraan pada rakyat di negara-negara berkenaan.



"Oleh itu, masa terbaik untuk membuat keputusan ialah apabila tiba masanya," kata beliau kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan beliau ke Jepun.



Arab Spring ialah satu siri bantahan, kebangkitan dan pemberontakan bersenjata antikerajaan yang tersebar di Timur Tengah pada awal 2011.



Datuk Seri Najib ditanya mengenai ketegangan yang semakin meningkat di rumah dengan perhimpunan jalanan serentak yang dirancang oleh Bersih dan kumpulan Baju Merah pro-UMNO.



Kebimbangan semakin meningkat bahawa penyokong Bersih dan Baju Merah mungkin bertembung semasa perhimpunan itu.



Mengenai pelibatan Baju Merah untuk menentang Bersih, beliau berkata: "Jika satu pihak mahu membantah, pihak yang mahu mempertahankan kerajaan berasa dipaksa keluar."



Tetapi Datuk Seri Najib berkata beliau tidak mahu sembarang pergaduhan antara dua kumpulan itu.



"Mereka perlu bertindak mengikut undang-undang dan mematuhi apa sahaja arahan polis.



"Jelas sekali, saya tidak boleh menjamin apa-apa. Keputusan saya selalunya ialah seseorang itu perlu menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak menimbulkan kekacauan dan huru-hara.



"Itu (bantahan jalanan) tidak akan bermanfaat untuk kita, dan itu bukan budaya yang diterima di negara kita," katanya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >