Najib sedih ada pihak burukkan polis M'sia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau sedih apabila ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab memperkecilkan peranan dan sumbangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap negara.

Datuk Najib berkata, pihak terbabit memburuk-burukkan imej atau nama baik pasukan keselamatan itu dengan pelbagai tohmahan dan cerita palsu yang tidak munasabah sama sekali.