JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersetuju untuk ditemubual dan diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung wang RM2.6 bilion ($845 juta) yang diterima beliau.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya sedang menunggu tarikh yang sesuai untuk menemu bual Perdana Menteri bagi memberi penjelasan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan siasatan.
"Kita telah menghubungi pejabat Perdana Menteri mengenai perkara itu dan dimaklumkan Perdana Menteri bersetuju pada prinsipnya untuk ditemu bual dan diambil keterangan," katanya kepada pemberita dan ditukil Utusan Online, selepas menghadiri perbarisan tamat latihan Kursus Asas Pegawai SPRM di Dataran Kawad Kompleks SPRM Johor, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, seperti disiarkan dalam sebuah portal berita SPRM mempunyai tempoh hingga akhir tahun ini untuk merakamkan kenyataan Perdana Menteri mengenai wang RM2.6 bilion yang diterima beliau.
Tan Sri Mohamed Apandi juga berkata, beliau sudah mengarahkan SPRM untuk melengkapkan siasatan terhadap bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), SRC International dan derma RM2.6 bilion sebelum akhir tahun ini.
Dalam pada itu, Datuk Seri Najib dalam kenyataan yang dimuatnaikkan ke laman Facebook beliau menyatakan "untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes ini".
Kata perdana menteri ke-6 Malaysia itu: "Peguam Negara YBhg Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi Ali telah memaklumkan bahawa saya diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes sumbangan dana politik berjumlah RM2.6b.
Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti
Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin)
Melihat serpihan akibat kemusnahan perosak alam, Cik Hira Nabi, seorang pembikin filem wanita dari Pakistan menuntut jawapan kepada banyak persoalan: Apakah yang berlaku semasa pemusnahan itu? Apakah
Seorang lagi pembikin filem wanita yang diketengahkan dalam PerForm Open Academy of Arts and Activations (POA) ialah Cik Saodat Ismailova.
Beliau merupakan seorang pembikin filem dan artis berbakat
Baru-baru ini, seorang teman yang telah lama ‘hilang’ di media sosial tiba-tiba mengirim pesanan ringkas bertanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
“Ya, saya dah lama gantung akaun Facebook
Dalam kita ghairah menyambut Hari Ibu 2024, mari kita hargai pengorbanan segolongan ibu yang dalam diam-diam bergelut dengan kemurungan selepas bersalin (PPD).
PPD adalah kebimbangan kesihatan awam
Setiap kali diundang ke Singapura untuk membuat persembahan irama tradisional Melayu, penyanyi dari seberang Tambak, Haziq Rosebi, terima dengan tangan terbuka dan teruja melihat sambutan peminat
Ada yang datang untuk bertemu artis legenda era 1970-an, Noor Kumalasari, yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dan layar perak selepas berhijrah untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah
Siapa sangka sebotol kecil minyak wangi boleh mendedahkan begitu banyak mengenai identiti seseorang?
Selain memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan, pemilihan minyak wangi seseorang boleh
Daripada telefon bijak hingga ke bandar bijak, inovasi seperti kecerdasan buatan (AI) semakin merombak industri dan mengubah cara individu bekerja, berkomunikasi dan menjalani kehidupan.
Generasi muda

"Saya akan berbuat demikian dan memberi kenyataan kepada SPRM dalam masa terdekat berhubung sumbangan dana politik tersebut. Saya akan memberi kerjasama dan keterangan kepada SPRM agar siasatan ini dapat disiapkan secepat mungkin. Sememangnya menjadi hasrat saya untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes ini memandangkan ianya telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan fitnah," ujarnya.