Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Najib tangguh ke S'pura untuk bantu jentera Umno di Melaka

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Najib tangguh ke S'pura untuk bantu jentera Umno di Melaka

Oct 23, 2021 | 05:30 AM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menangguhkan perjalanan ke Singapura bagi membantu jentera parti Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan.

Ini berikutan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika itu akan berangkat ke Jerman untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.

Datuk Najib berkata beliau diamanahkan dengan tanggungjawab untuk memastikan parti bertindak dengan teratur dan sewajarnya ketika ketiadaan Datuk Ahmad Zahid.

Sehubungan itu, beliau memohon kepada mahkamah agar meminda tarikh bagi pelepasan dan penyerahan pasportnya kepada mahkamah daripada 20 Oktober hingga 22 November kepada 25 Oktober hingga 6 Disember ini.

Perkara itu terkandung dalam notis usul dan afidavit sokongan yang difailkan semalam.

Pada prosiding semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menangguhkan kepada 26 Oktober ini untuk mendengar permohonan itu.

Ini berikutan, Timbalan Pendakwa Raya, Encik Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau perlu mendapatkan arahan daripada Peguam Negara berhubung permohonan pindaan berkenaan.

Isnin lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Najib mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober hingga 22 November ini.

Ia bagi membolehkan mantan Perdana Menteri itu melawat anak perempuannya Cik Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua pada November ini.

Pada 15 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapatkan semula pasportnya bagi tujuan sama.

Dalam afidavit sokongan yang diikrarkannya, Datin Rosmah menyatakan Cik Nooryana Najwa kini menetap di Singapura selepas mendirikan rumah tangga dengan warganegara Kazakhstan, Encik Daniyar Kessikbayev.

Datuk Najib dalam satu hantaran di akaun Twitter beliau menyatakan anak perempuannya itu telah tinggal di negara jiran sejak tiga tahun lalu. - Agensi berita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3