Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib tidak akan fail tuntutan saman ke atas WSJ di Amerika

Mahkamah tangguh keputusan batal saman fitnah Najib terhadap Tony Pua
Nov 02, 2015 | 03:22 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, tidak akan memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap akhbar asing, Wall Street Journal (WSJ), di Amerika Syarikat (Amerika) berkaitan isu 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana beliau bukan personaliti terkemuka di negara itu untuk memperoleh nilai ganti rugi lebih tinggi, kata peguamnya.


Peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang turut berada dalam pasukan perundangan perdana menteri berkata, Datuk Seri Najib bukan saja mahu keadilan untuk dirinya tetapi juga mahu mahkamah memberikan perintah ganti rugi kerana mencederakan reputasinya.


"Beliau (Najib) nampaknya tidak akan mendapat ganti rugi lebih tinggi di Amerika kerana beliau tidak begitu dikenali di sana," katanya kepada wartawan hari ini.


Peguam itu berkata demikian sebagai respons ketika ditanya mengapa perdana menteri tidak memfailkan saman di luar Malaysia terhadap penerbit terbabit.


Sebaliknya, pasukan peguam Datuk Seri Najib berkeras WSJ menyatakan sama ada ia bergantung pada undang-undang Amerika untuk melindungi syarikat itu daripada perintah mahkamah yang berada di luar bidang kuasa Amerika.


Datuk Firoz berkata, Datuk Seri Najib juga layak menerima ganti rugi sama seperti pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Encik Lim Guan Eng yang dianugerahkan jumlah pampasan kewangan lebih tinggi terhadap Utusan Melayu (Malaysia) selepas ia didapati benar memfitnah mereka.


Sementara itu, Mahkamah Tinggi menangguhkan permohonan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Encik Tony Pua, untuk membatalkan saman fitnah Datuk Seri Najib berhubung 1MDB sementara menunggu keputusan satu lagi kes lain di Mahkamah Rayuan.


Peguam Encik Pua, Encik Gobind Singh Deo berkata, mereka akan menunggu keputusan Mahkamah Rayuan itu sama ada ahli-ahli politik yang memegang jawatan awam dan juga entiti awam boleh disaman kerana dakwaan fitnah.


"Kami akan menunggu keputusan itu sama ada seseorang yang memegang jawatan awam mempunyai hak untuk bebas bersuara," katanya kepada pemberita hari ini sebaik keluar dari kamar Hakim Vazeer Alam Mydin Meera. - The Malaysian Insider




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >